Wednesday, November 21, 2012

Surah Nuh!

Wahh...dah abes harini belajar tentang Surah Nuh. Best sangat!!





Surah yang sangat istimewa. Surah tentang seorang Nabi Allah yang sangat penyabar, yang diuji dengan banyak ujian, justeru digelar "Ulul A'zmi". Nabi pertama diangkat menjadi rasul di atas muka bumi. Nama baginda disebut sebanyak 43x di dalam al quran. Kisahnya perih, tabahnya baginda nabi Nuh, sehingga bukan sahaja diuji dengan kaum yang ingkar, malah isteri dan anak2 yang turut ingkar. Kisah baginda penuh pengajaran, buat sesiapa yang menerima ujian di muka bumi Allah. ..apalah sangat ujian Allah untuk kita. Nabi kan role model kita...Nah..disinilah kita perlu ambil tahu...bagaimana nak contohi Nabi...bagaimana nak jadikan  nabi role model...Kuatnya Nabi Nuh, diuji sepanjang umurnya 950 tahun .....sehinggalah akhirnya..... Nabi Nuh diperintahkan Allah untuk membina bahtera ... 

                                                   

Harini En Suami bawakan satu kelas ke zaman Nabi Nuh. En Suami sediakan slide, ntah pukul berapa tidurnya semalam. Katanya, kisah ini interesting, harus di bawa dengan slide kisah Nabi Nuh satu persatu...bermula dari pensyirikan kaum baginda sehinggalah mendaratnya bahtera baginda. ..Saya lihat En Suami tekun membelek satu persatu kitabnya, katanya...nak bawa semua student di aqrab ke zaman Nabi Nuh, suapaya mereka dapat menghayati perjuangan Rasul kita...perjuangan Nabi Nuh.

                                                 

Kelas senyap sunyi , masing-masing menumpukan perhatian ...terharu..kagum!! Hebatnya Nabi Nuh. Doa-doa Nabi Nuh dicatit, nota-nota tentang kisah baginda dicoret, perjuangan baginda terlalu kuat...bayangkan beratus-ratus tahun baginda berdakwah..hanya 40 orang yang akhirnya turut menaiki bahtera baginda. (Ada riwayat mengatakan 10 , ada yang mengatakan 40 dan ada riwayat mengatakan 80)...sepanjang 950 tahun!! sabarnya Nabi Nuh!! 
                                  

Banyak pengajaran yang dapat diambil dari kisah Nabi Nuh ni. Bayangkan nabi Nuh pernah didera secara fizikal..baginda diikat dan dicampak ke satu tempat..namun kegigihan baginda menyampaikan dakwah ..baginda kembali kepada kaumnya. Baginda dicaci, diancam dan didera..namun, baginda Nabi Nuh sangat tabah. Dakwahnya berterusan siang dan malam,, pelbagai cara dilakukan baginda...terang-terangan, secara sulit, malah baginda tidak putus asa memberi nasihat dan peringatan kepada kaumnya.

                                                
Sehinggalah jelas tidak ada harapan kaumnya untuk berubah, Allah mengilhankan baginda untuk membina bahtera. ..persiapan dilakukan sebelum azab Allah menimpa. sehinggalah taufan kuat melanda sehingga menenggelamkan seluruh kaum yang ingkar, termasuklah anakanda baginda, Kana'an.

Banyak pengajaran dari kisah Al Quran yang boleh kita ambil iktibar dan pengajaran ..kalau kita betul2 menelitinya. Quran kan our best reference....ruginya kalau tak ambil iktibar kan?:-)

Kelas bermula Jam 10 - 11 pagi. Cepat sangat masa berlalu...........kejap je ...dah abes....

No comments:

Post a Comment

try2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...