Bismillah.. Isu boikot. Sudah lama dah kan? Berlalu begitu sahaja? Kan.. Ye lah, tak siapa ambil peduli macam dahulu dah.. Dulu semua semangat nak boikot. Sekarang, hmm... Nampak Mcdonald, makan Starbucks, jumpa Tesco, dah macam tiada effect.. Sedih. Sangat sedih.. Mari kita renung-renungkan sedikit info yang akan diberitahu di bawah. Wallahualam.. Ok, bismillah!
Isu boikot ini, sangat berkait rapat dengan pemboikotan barangan Israel dan Yahudi. Semua ini tak lain dan tak bukan, bertujuan untuk saudara-saudari kita di Palestin sana. Penting ke isu boikot? Penting ke boikot barang?
Saya malam ini, tak mahu bercerita panjang mengenai hukum boikot, atau cara-cara nak boikot, syarikat apa perlu diboikot atau sebagainya. Cuma malam ini, saya lebih mahu menegur dan mengingatkan sesama kita, mengenai pendirian kita, terhadap kesedaran saudara-saudari kita di Palestin sana.
"Ala, kalau aku seorang je boikot, bukan ada effect pun. Kaya jugak syarikat tu. Tak effect pun aku sorang je boikot"
"Ala, kalau aku seorang je boikot, bukan ada effect pun. Kaya jugak syarikat tu. Tak effect pun aku sorang je boikot"
"Tunggu bila ramai boikot baru aku boikot"
"Boikot? Ala susah laa.. McDonald sedap kot! Promosi lak tu"
Selalu sahaja dengar alasan dan komen insan muslim, seperti di atas. Ok, sekarang kita lupakan mengenai boikot kita menjadi ke tidak, berhasil ke tidak. Ramai perlu boikot, atau masih sedikit yang boikot. Tapi jom kita fikirkan tanggungjawab, dan hak kita dulu.
Suka sekali saya nak petik kisah seekor burung kecil yang mengambil air menggunakan paruhnya. Ingat tak? Ala, yang dia berusaha nak padam api yang sedang membakar Nabi Ibrahim yang telah dibakar hidup-hidup. Namun atas perintah Allah Taala, api itu tidak panas, malah sejuk sahaja.
Ingat lagi, kawan-kawan burung itu mentertawakan dia, sebab paruhnya kecil, tapi nak padam api yang besar sangat tu? Tahu tak apa jawapan burung itu?
"Tak kisah la api ini padam atau tidak. Tapi at least di akhirat kelak, aku ada jawapan untuk jawap depan Allah, aku dah tunaikan tanggungjawab aku. Sekarang bukan isu api terpadam atau tidak, tetapi aku sudah laksanakan hak aku, tanggungjawab aku. So, insha allah terlepas lah aku daripada disoal mengenai tindakan aku apabila melihat Nabi Ibrahim dibakar"
Lebih kurang macam itu la ayat dia. Bukan sebijik ayat dia pun. So nampak tak kaitan kisah ini, dengan kisah kita sekarang? Ramai orang yang mengatakan, yang boikot kita ini tak berhasil pun. Boikot kita ini perlu la ramai-ramai buat, baru lah ada effect. Setakat sorang muslim, memilih untuk ke kedai kopi Pak Tam instead of going to Starbucks, seorang sahaja, tiada effect mana pun.
Well, ingat balik kisah burung tadi. Bukan isu sama ada syarikat Yahudi dan Israel ini akan rugi atau tidak, bukan isu mereka akan stop perang Palestin sebab kerugian segelas kopi di syarikat mereka. Bukan!Tetapi ini ialah isu tanggungjawab kita! Isu hak saudara kita, yang perlu kita penuhi! It's not about the money, or the profit/loss of the company! It's about our responsibility!
Ya Allah! Sanggup ke kita dipersoalkan di akhirat kelak, apa usaha kita untuk menentang syarikat-syarikat Yahudi yang banyak 'manja' dengan saudara kita di Palestin?
At least kalau kita seorang sahaja yang boikot, kita seorang sahaja yang prefer untuk mengelak daripada membeli daripada syarikat ini, daripada kalangan 100 sahabat kita, so be it! Kita menunaikan tanggungjawab kita! Kita ada jawapan nak bagi, bila Allah persoalkan kita di akhirat kelak!
Sebagai kesimpulan, saya ingin tekankan lagi sekali, bila diejek atau ditegur orang, yang boikot kita ini tak berhasil. Tak menjadi. Jawab pada mereka, berhasil tak berhasil, menjadi tak menjadi, bukan isunya. Tetapi yang penting aku dah laksanakan tanggungjawab aku. Sebagaimana burung kecil, membawa air dalam paruhnya yang kecil itu, cuba untuk memadam api yang besar, walaupun dia tahu yang paruhnya hanya membawa air yang sangat sedikit, dan tak mungkin mampu memadam api itu.
Jom jadi burung kecil itu!
Wallahualam..
Dakwah di mana-mana sahaja yang termampu, insha allah
p/s :Saya bukan menghina atau mengutuk pekerjaan mereka yang mendapat sumber rezeki daripada syarikat-syarikat itu. Saya hanya ingin mengajak saudara seagama saya untuk membuka pemikiran kita, agar tidak terlalu terbatas pada soal boikot itu berhasil atau tidak. Maaf bagi pihak yang tersinggung.
"It's not about the result. It's about the act."
#PrayForGaza|Aiman Amri|
No comments:
Post a Comment
try2