Yang perlu, bina keistimewaan mereka ini supaya hormat diri mereka meningkat. Bila hormat diri mereka tinggi, mereka dengan sendirinya akan mahu menjaga diri mereka dan meraih kejayaan.
Bila anak-anak berperangai tidak elok bukan bermaksud anda ibu bapa yang gagal. Terutama jika anda sudah berusaha kuat. Apa yang sebenarnya sedang berlaku ialah anda sedang dilatih untuk menjadi lebih bijak mendidik anak-anak serta didorong untuk meraih lebih banyak ilmu keibubapaan serta menghayati ilmu tersebut.
Dan yang paling utama, untuk menjadi seorang insan yang tawaddduk dan mengenal kekuasaan Allah.
Istigfar dan ucapkan Alhamdulillah : )


Bila saja mengandungkan mereka, kita mendapati rupanya kita ini seorang yang penyabar lebih daripada yang kita sangka. Kita sanggup berkorban nyawa membawa mereka selamat ke dunia ini. Itu adalah untu...k yang bernama ibu. Yang bernama bapa pula, dengan kehadiran anak, anda mendapat kekuatan luar biasa untuk mencari lebih banyak rezeki untuk menanggung segala perbelanjaan hospital dan sebagainya. Sifat kelakian anda semakin matang dan anda menjadi pelindung keluarga yang senang senantiasa berusaha untuk kesejahteraan keluarga.

Kemudian pasang niat untuk menjadi lebih baik esok hari. Anda akan menemui jalan penyelesaian paling baik untuk cabaran keibubapaan atau cabaran hidup yang sedang melanda.
Dua minit sebelum tidur, gambarkan di minda anda bagaimana bijaknya anda menjalankan tanggungjawab anda. Anda lebih sabar, lebih bersedia, lebih memahami serta lebih peka.
Bisikan di hati - Aku Layak Menjadi Ibu/Bapa Yang Cemerlang! Anak-anakku layak mempunyai ibu/ bapa yang cemerlang.
Kemudian, lepaskan semuanya kepada Allah.
No comments:
Post a Comment
try2