Wednesday, November 7, 2012

Bolehkah anda bersabar?


ٱلَّذِينَ صَبَرُوا۟ ٱبْتِغَآءَ وَجْهِ رَبِّهِمْ وَأَقَامُوا۟ ٱلصَّلَوٰةَ وَأَنفَقُوا۟ مِمَّا رَزَقْنَٰهُمْ سِرًّۭا وَعَلَانِيَةًۭ وَيَدْرَءُونَ بِٱلْحَسَنَةِ ٱلسَّيِّئَةَ أُو۟لَٰٓئِكَ لَهُمْ عُقْبَى ٱلدَّارِ

Dan orang-orang yang sabar kerana mengharapkan keredaan Tuhan mereka semata-mata, dan mendirikan sembahyang, serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka; dan mereka pula menolak kejahatan dengan cara yang baik; mereka itu semuanya adalah disediakan baginya balasan yang sebaik-baiknya pada hari akhirat; -


Sudah lama rasanya tidak menulis....asyik meng'update' kisah anak-anak saja. Bagi sesiapa yang membaca blog saya, saya menulis hanya untuk diri saya dan tatapan anak-anak di kala mereka besar. Ia hanyalah tulisan berbentuk peribadi yang dinukilkan untuk proses mengaudit diri sendiri. Maklum sajalah..iman ini mudah sangat berbolak balik...jadi, kembimbangan ini saya zahirkan dengan tulisan. Hanya untuk menasihati diri sendiri.

Hakikatnya,berdiri di hadapan cermin sambil mengamati rupa paras dengan teliti, kemudian menambah apa yang kurang dan mengatur apa yang patut untuk kelihatan lebih menarik adalah lebih mudah daripada memperbaiki sikap dan mentaliti peribadi. Ya...peribadi sendiri bersifat dalaman, dan yang hanya betul-betul dapat menganalisa diri sendiri adalah diri kita. 
Rajin lawannya malas, usaha lawannya putus asa, pemarah lawannya pemaaf, penipu lawannya jujur, sedih lawannya gembira, sabar lawannya gopoh, membazir lawannya cermat, bersih lawannya pengotor, dan sebagainya. Kita tentu akan memilih sifat yang baik untuk membentuk jatidiri. Tetapi adakah semudah membalikkan tangan untuk merubah diri kita agar lebih baik daripada yang ada sekarang?
En suami saya....selalu baca hadith ni .“Ketahuilah dalam jasad manusia ada seketul daging, jika ia baik maka baiklah jasad itu dan jika ia rosak maka rosaklah jasad itu, itulah yang dinamakan hati.” (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)...en suami selalu ingatkan saya tentang ini. 
Kalau berkawan dengan orang, pasti ada ketikanya kita tersentuh hati, terkecil hati dan teremosi...namun, penyelesaiannya bukanlah dengan tidak berkawan dengan sesiapa. Namun, selamatkah kita dengan hanya berkawan dengan segolongan teman sahaja?
Apabila ada orang lain cuba menilai diri kita yang banyak kelemahan, emosi kita akan menggelodak naik mengalahkan kewarasan akal untuk menafikan penilaian tersebut. Ketika itu sebenarnya kita telah menolak untuk mengenal diri sendiri dari perspektif orang lain, bahkan menutup pintu kebaikan pada sekeping hati dalam diri. 
Jadi...pening kepala juga memikirkan perihal musuh ni. Apatah lagi musuh yang sentiasa mencari keaiban dan kekurangan untuk menyingkap rahsia diri kita. Geram dibuatnya..silap haribulan tak bertegur kita.

Sahabat yang baik memang membantu dalam keadaan ni. Merakalah penghibur kita, merekalah yang memberi semangat kepada kita ketika sangat down. Tidak dinafikan kita sangat memerlukan teman  begini. Mereka yang mendorong kita untuk kuat semula..untuk tidak terkesan dengan perangai pening kepala musuh kita. Namun, to take it positively, sifat sahabat yang baik dan sentiasa memihak pada diri kita akan menghijab segala kelemahan diri.  

Kalau macam tu, rugi kah kita kalau ada sahabat sejati ? Ohh tidak..bukan itu maksud saya. ..bukannn!Sahabat sejati adalah yang terbaik...saya ada sahabat sejati, saya sangat sayangkan dia...dia sentiasa di sisi saya ketika senang dan susah..hati saya sentiasa teringatkan  Allah ketika dengan dia:) 

Masalahnya ..nak tackle hati musuh ni. Tegurannya, ayatnya.. kadangkala pedih..berbaur dengki, sakit hati!!Eeeee....!!macam tak jumpa pun takpa! 
En suami saya selalu sebut, ada pesanan rasullulah , "Jangan kamu marah, dan kamu akan ke syurga".

******
*********
**********
********
*****

Haaa............bukankah musuh ini telah berbakti kepada kita? siap bina jalan kita untuk ke syurga lagi..
Sabar....ya ..itu kata kunci saya hari ini. Sabar....sebab janji Allah untuk orang yang sabar itu sangat indahh..Wauu..indahnya kalau kita betul2 dapat melihat keindahan itu..
Sabar apa ye? ye..sabar ..sabar...sabar dengan segala-galanya...Sabar je laaa
SABAR :-) boleh ke idak? boleh ke idak? hehehe...pasti boleh kalau kita sentiasa pautkan segalanya kepada Allah.

No comments:

Post a Comment

try2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...