Tuesday, June 26, 2012

Jom Bertadarrub Al Quran!!

Harini semua orang terkedu. Tiba -tiba sahaja En Husband menangis tersedu sedan membaca kalimah suci alquran di dalam kelas. Lain rasanya bila guru yang mengajar tersedu menangis...anak murid pulak tercengang. Ada yang cuba menyelami maksud ayat-ayat dengan menyelak helaian Tafsir Al Munir karangan Dr. Wahbah Mustafa al-Zuhaily, kitab yang digunakan untuk kelas tafsir di situ.

Kelas tafir harini masih lagi di Surah Al Maarij...ayat38- 44.

Cerita tentang kita...kita yang masih kononnya berharap supaya dimasukkan ke syurga yang penuh nikmat. Tapi bagaimana dengan iman di dada? Masih di takok yang lama ...atau tahap biasa-biasa aja?

Dan kita mengharapkan syuga Allah?

Audit diri sendiri...kufurkah kita ? Ingkarkah kita ?Patuhkah kita sepenuhnya?atau masih ada yang kita lakukan ala kadar... Sudah selesai kah?

En Husband cerita lagi...
 
Tafsir yang terbaik adalah tafsir alquran dengan al quran... lalu kami diminta menyelak surah Al Qiyamah..
 
En Husband membaca ayat 26-40.Kali ini suaranya lebih sedu, menangis...sehingga terpaksa berhenti seketika.dan berlari ke dapur mencari tisu..
 
Surah Al Qiyamah ini lebih menakutkan saya...sangat gerun sebenarnya. Cerita tentang  kejadian ketika mati, ketika roh ditarik, ketika kita bergelut dengan nyawa sendiri, tatkala malaikat datang mencabut nyawa, dan ketika kita meronta ronta untuk terus bernafas... namun ...sudah tiba masanya.
 
Ketika itu ....sudah sampai masanya untuk kita pergi. Di mana kita ketika itu? Bagaimana penghujung nyawa kita? Dalam pengakhiran yang baik atau tidak baik?Semasa menonton rancangan kegemaran di tv?atau semasa tengah seronok berbual kosong? ataupun....ohh tidak ya Allah...
 
Ayat-ayat itu sudah cukup menakutkan saya. Ke mana kita selepas itu?Layakkah ke syurga Allah?Atau nerakalah yang  lebih layak?
 
Banyak tanggungjawab di atas muka bumi yang perlu dilaksanakan . Hak seorang jiran...hak seorang teman...hak seorang anak..hak ibu bapa kita..hak masyarakat di sekeliling. Adakah kita berikan hak-hak meraka?Adakah kita sudah lakukan 'homework' yang Allah berikan kepada kita? atau masih lagi so-so
 
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:"Apabila salah seorang dari kamu mengerjakan amal-amal yang membuktikan keislamannya dengan sebaik-baiknya (serta dengan ikhlas) maka tiap-tiap kebaikan yang dikerjakannya akan ditulis baginya sepuluh kebajikan yang menyamainya hingga kepada tujuh ratus kali ganda dan tiap-tiap satu kejahatan yang dilakukannya akan ditulis baginya (satu kejahatan) yang menyamainya." (Riwayat Bukhari)
 

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ ادْخُلُواْ فِي السِّلْمِ كَآفَّةً وَلاَ تَتَّبِعُواْ خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ


Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.

(Surah Al-Baqarah 2: Ayat ke 208)

Saya? Kita ? Anda bagaimana?

 

No comments:

Post a Comment

try2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...