Tuesday, June 12, 2012

Adab dan Akhlak :)

Kosong rasanya blog ni kalau tidak dibicarakan sebarang ilmu bermanfaat..yea, mungkin sekadar peringatan untuk diri saya sendiri yang cukup tipis iman, cukup dahagakan ilmu.

Saya kongsikan bersama...tazkirah minggu lepas bersama husband..

Husband selalu cakap..orang Islam ada akhlak....kalau orang kafir..dia ada moral. Akhlak tu suatu elemen penting dalam kehidupan muslim yang mu'min.Nabi saw pernah bersabda , "Hanya sanya aku dibangkitkan untuk melengkapkan akhlak yang mulia".

Setiap sesuatu yang hendak dibina mestilah ada asasnya.Imam Qairawani, Ulama' mashyur dalam mazhab maliki cakap...asas kepada pembentukan adab dan kelakuan seorang muslim ialah empat buah hadis nabi.

1 " Sebaik-baik Islam seseorang itu adalah peninggalannya tentang apa yang tiada kena mengena dengannya" Abu Hurairah ra

haaa...orang busy body...jangan ambil tahu.Tapi ambil berat..amacam?:)

2." Tiada beriman seseorang kamu, sehinggalah ia mencintai bagi saudaranya sama seperti ia menyintai bagi dirinya sendiri."Abu Hamzah.

Ada jugak hadis lain,"seorang muslim itu kepada seorang muslim yang lain, bagaikan binaan bangunan, saling memerlukan antara satu sama lain." Begitu juga dengan hadis yang membuat perumpamaan orang muslim itu seumpama satu badan, sekiranya satu anggota sakit, maka anggota lain turut merasakan kesakitan itu.

3. " Barangsiapa beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, hendaklah berkata yang baik atau berdiam diri... ." Abu Hurairah ra.

Don't hurt others' feeling. Kalau kita rasa kita cakap tu buat someone hurt, better talk to the hand.:) apapun, teguran yang bermanfaat kadangkala pedih dan sukar diterima oleh orang.Jadi, pandai2lah kita tegur seseorang dengan cara yang paling berhikmah....Nabi kan ada, best teacher tu:) boleh blajar dengan nabi:) --->ulamak kan pewaris nabi:) banyak ulamak kita sekarang ada buku, ada blog ada website etc. Husband pesan jugak, kalau nak info dari Mr Google, jangan main accept jer..sebab kadang2 yang tulis tu bukan gunakan nas nas yang boleh jadi sandaran.Kadang2, diorang tulis pendapat saja.

4 " Nasihatilah kepadaku ! " Dijawab oleh Nabi SAW : " Jangan marah! " Orang itu berulangkali meminta supaya dirinya dinasihati, maka tetap Rasulullah SAW mengatakan : " Jangan marah ! " Abu Hurairah ra
 
Husband cakap, kalau marah..ambil wudhuk..solat:) Sebab marah tu boleh disejukkan dengan air..Boleh jugak guna kaedah macam Imam Ghazali ajar: kalau berdiri, duduk..kalau duduk, baring:)

Adapun marah kerana agama, maka ia adalah dituntut. Contohnya, kita marahkan anak kita kerana tidak menunaikan solat.Maka perbuatan itu adalah bertujuan untuk mendidik. Kita hendaklah membezakan antara marah kerana emosi dengan marah kerana mendidik.

Indah kan Islam ni?Semuanya Rasul kita ajar...:) best best:)

No comments:

Post a Comment

try2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...