Arini adalah hari yang paling sedih untuk aku...
Banyak perkara yang jadi 2 3 hari ni..yang membuatkan aku rasa ...sangat sedey..
Pertama...balik dari kg Jumaat lepas.Aku xciden...Ya, Aku la yang drive ya...definitely bukan my careful and thorough husband. Not him. Aku yang drive. Aku jua yang mengantuk. Dan aku jugak yang membabaskan Toyota Wish kesayangan husband ke divider jalan. Sungguh..divider jalan!
Namun, syukur sangat...tiada kemalangan jiwa dilaporkan...Kebetulan pula anak2 tidur di belakang dan kepala menghala ke arah kanan....namun, alhamdulillah, tiada apa2 yang serius berlaku. Sangat bersyukur.
Kereta pula...nk cerita jugak sebab sedih sgt. Kereta kemek...sangat sakit mata tengok. Even nak bukak pintu driver pun akan berbunyi something like "Eeeeyokkkk"..benda apa patah pon taktau. Tapi aku sangat sedih each time aku tengok kereta aku mcm tu...
Disebabkan kejadian itu, aku mengalami telinga bengang. Mungkin impact kepala tersadung di cermin kanan. Sangat sakit...tapi aku tak kisah..walaupun ketika menulis entri ini kepalaku masih rasa sakit and telingaku tidak berapa dengar, aku bersyukur sebab aku sorang ja yang alami keadaan ni. Bukan anak2 aku yang masih kecil..bukan juga hubby yang kena. Naseb aku...so aku tak kisah
Doctor kata mungkin kerana hentakan ke cermin tu...yang buat kepalaku sakit. However doctor nasihatkan aku supaya sentiasa korek tinga, takut2 ada darah...sentiasa monitor diri..kalau ada rasa2 macam diri lembab semacam, tak larat sedia....itu impact berlaku benda lain pada otak aku..dan aku boleh terus buat ct scan minggu depan. Walaupun aku rasa sakit yang amat kadang2, tapi aku biarkan ja...harap2 itu semua igauan aku ja..manja.kena cermin pon sakit ka azah oi.
Kereta ke bengkel...alamatnya....kami bergerak ke mana2 pakai moto. Bukan naik moto yang menyedihkan aku..tapi
Kami berlima. Jadi kami buat 2 trip. Trip pertama, husband , widaad dan wafa' dulu. Then husband akan patah balik. amik aku dan hubayb di rumah pula.Macam tu juga balik ke rumah..mula2 aku dan hubayb balik dulu, kemudian husband jemput Widad dan Wafa' pula dari rumah pengasuh ke rumah....Alhamdulillah..naseb ada moto.kalau tak macam mana..
****** Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Roojiuu'n**********
Masih lagi mode sedih tidak terkata