Wednesday, May 9, 2012


Alhamdulillah.....


Wahai anak2ku sayang..

Widaad Ibtisam bt Mohd Najib

Amal Wafa' bt Mohd Najib

Ahmad Hubayb Jawwad b. Mohd Najib
Ingatlah wahai anak2ku,

Kutiplah segalanya didunia sepertimana kamu ingin bawakan bekalan untuk ke satu destinasi yang saaaaaaaaaaaangat cantik, saaaaaaaaaangat hebat..iainya pasti sekali akhirat...bekalan bagaimana?secukupnya ..jangan dibawa lebih..kerana disana terlalu banyak yang lebih istimewa dari dunia ini...Ummi dan Walid sentiasa doakan yang terbaik untuk kalian semua..:)

Alam dunia dan alam akhirat pasti akan berbeza. Jika di dunia mata wang Ringgit Malaysia, dolar, riyal, dinar dan sebagainya menjadi kegilaan. Tetapi di akhirat mata wang itu semua tidak akan dipedulikan lagi. Malahan ia tidak membawa apa-apa nilai sekalipun.
Dan pastinya mata wang itu tidak akan 'laku' untuk diperdagangkan dan dipersembahkan untuk dijadikan modal menebus setiap perkara yang telah dilakukan. Di alam akhirat mata wang yang akan dikira ialah dosa dan pahala. Kedua-dua mata wang ini akan menjadi bukti apa yang telah dilakukan ketika di dunia oleh pelakunya.

Di akhirat kelak, bukan sahaja mereka yang tidak mencukupi modal akan dikira muflis tetapi juga manusia yang pernah melakukan dosa ke atas manusia lain tanpa dia sedari ataupun dengan sengaja dilakukan.

Muflis, bankrap, rugi dan segala perkataan yang membawa maksud ke arah itu menjadi ketakutan sesiapa sahaja. Mereka mula terbayangkan hidup tanpa harta, hilang keseronokan, tidak mampu bermewah-mewahan, hilang kawan dan segala-gala keseronokan di dunia. Itu yang menjadi ketakutan mereka.

Namun manusia, sentiasa alpa dan lupa bahawa adanya kehidupan selepas kematian. Inilah tempat yang kekal dan segala kebaikan dan kejahatan akan mendapat pembalasan di sini.

Dan  pertanyaan begini ditanya pada zaman Rasululullah SAW. dan para sahabat menjawab, "Muflis dalam kalangan kami ialah orang yang tidak berduit dan tidak memiliki sebarang harta (aset)".

Jawapan tersebut adalah berdasarkan kefahaman umum masyarakat ketika itu dengan kalimah muflis. Begitu jugalah pada zaman kini. Apabila disebut perkataan muflis maka terlintas di fikiran mengenai seseorang yang tidak berduit dan harta dan memiliki hutang yang tidak mampu dibayar.

Namun begitu, Rasulullah SAW. pernah bersabda dan menerangkan mengenai maksud dan pengertian muflis itu yang sebenarnya. Sabdanya bermaksud, " Orang yang muflis dalam kalangan umat ku ialah seseorang yang dibangkitkan di akhirat kelak bersama-sama dengan pahala solat, zikit, puasa dan zakat yang pernah dilakukan semasa di dunia. Namun pada masa yang sama juga dia membawa dosa memaki hamun, memfitnah, memakan harta orang, menumpahkan darah dan memukul orang. Waktu perbicaraan di ambil pahalanya (si muflis) dan dibayar kepada mangsa-mangsa tersebut. Sekiranya telah habis pahalanya diambil pula dosa-dosa mangsanya, lalu dibebankan kepada si muflis. Lalu dihumbankan ke dalam neraka." –Riwayat Abu Hurairah-

Nikmat terbesar kita ialah ISLAM, yang telah Allah anugerahkan kepada kita tanpa kita memintanya maka, semoga Allah mengurniakan kepada kita SYURGA tatkala kita meminta kepadanya kelak...







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...