Friday, August 26, 2011

Munajat Perdana:)



Malam ni 27 Ramadhan....

Let see...muhasabah diri..adakah Ramadhan kali ini sama seperti tahun lepas..? ada peningkatan ..?atau sama sahaja?

Hari ini siap baju raya untuk anak2...Dua hari selepas subuh...waktu yang paling mudah dan selesa untuk menjahit.Tiada gangguan anak2 comel yang mahu dibawa ke toilet..yang mahu dibancuhkan susu...yang mahu dipeluk untuk tidur...:) Siap sudah...:)

Tapi...malam ini malam ke 27....3 hari lagi untuk ke Syawal...sayu rasanya pagi ni bila mengenangkan Ramadhan yang bakal berlalu...tawaran2 dan bonus2 Ramadhan yang bakal meninggalkan saya..

Akidah, tauhid, ekonomi, budaya, sosial....adakah saya masih di takok lama?Jika tak mampu menambahkan amal, adakah ada usaha mengurangkan lagho..bagaimana penghayatan Ramadhan kali ini.Aduhai azah...agungkanlah Ramadhan walau dengan apa jua cara yang baik..3 malam lagi Ramadhan yang tinggal..

Teringat pula pesanan seorang sahabat..puasa itu tiga tingkatan..puasa awam, iaitu puasa daripada makan dan minum sahaja, tetapi masih melakukan perkara2 yg lagho dan dosa. kemudian puasa khusus, iaitu puasa daripada makan dan minum serta perkara2 yg mengurangkan pahala puasa. dan puasa khusul khusus iaitu berpuasa seperti puasa khusus, tetapi hatinya tidak pernah lalai daripada mengingati Allah..yang mana satu pilihan qolbu??

Adakah Ramadhan lagi untuk kita pada tahun hadapan?Dapatkah lagi kita menikmati keindahan Ramadhan seterusnya?...bulan tarbiyah yang diatur kepada semua umat Islam diseluruh dunia.Bulan seribu satu rahmat..Bulan turunnya Al Quran..Bulan yang terdapat hari yang lebih dari seribu bulan..

Malam ni ada Munajat Perdana..jom kita!!!

No comments:

Post a Comment

try2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...