Wednesday, May 26, 2010

Mengumpat

Here it is...as promised...this is one subtitle under Surah Al- Humazah...which is MENGUMPAT:)

Surah ini menceritakan tentang orang yang kerjanya: mencela, mengumpat.

Ayat Al-Quran menyebut : Celakalah bagi orang yang mengumpat dan mencela!


BAGAIMANA ANDA TAHU ANDA SEDANG MEGUMPAT?


1)Menyebut sesuatu yang tidak disukai oleh individu tersebut dibelakangnya.

2)Menyebut tentang keaiban @ kekurangan seseorang samaada tentang FIZIKAL , KETURUNAN, PERANGAI, PERTUTURAN, UGAMA, KEHIDUPAN dan termasuk juga PAKAIAN,TEMPAT TINGGAL & KENDERAANNYA.

Amaran (1) Nabi kepada pengumpat:


“Jangan berhasad dengki, jangan mencela sesama kamu, jangan saling mencari kesalahan antara kamu, jangan saling memaling, jangan mengumpat sesama kamu dan jadilah kamu hamba Allah yang bersaudara..(Muttafaqun A’laih)

Amaran (2)


Barra’ menceritakan suatu hari Nabi SAW telah berkhutbah kepada kami sehingga kedengaran jeritan (ketakutan) perempuan2 didalam rumah mereka Nabi SAW bersabda: “wahai sesiapa yang beriman dengan lidahnya dan tidak pada hatinya, janganlah kamu mengumpat keji sesama muslim dan janganlah kamu mencari-cari keaiban mereka dan barangsiapa yang mencari keaiban saudaranya maka Allah akan mencari keaibannya, dan barangsiapa yang Allah cari keaibannya nescaya Allah akan bukakan keaibannya walaupun yang tersembunyi didalam rumah..” (Riwayat Abu Daud)

AMARAN (3)


Daripada Jabir RA katanya suatu hari kami berjalan dengan Nabi SAW dan kami melalui 2 kubur sahabat maka bersabda Nabi SAW : “kedua-dua mereka sedang diazab oleh Allah, salah seorangnya diazab kerana suka mengumpat dan seorang lagi diazab kerana tidak ISTIBRA’ ketika membuang air kecil..”
(Sahih Bukhari & Muslim)


BERANIKAH ANDA BERHADAPAN DENGAN SIKSA AZAB KUBUR KERANA PERBUATAN MENGUMPAT ANDA??
Ohoooo..tidakkkk! sudah tentu tidak sanggup!!

ANDA MEMANG SUDAH KONPEM MENGUMPAT SESEORANG? APA NAK BUAT ??

1) Beristiqfar ( Astaqfirullahal a'zeem)

2) Beristihlal (mohon maaf dan mohon halalkan perbuatan kepada orang yg diumpat)

Jom kita muhasabah diri:)

No comments:

Post a Comment

try2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...