Wednesday, March 13, 2013

Alhamdulillah

Harini mak cik vacuum baru datang vacuum bilik...sambil mengelap meja dan perabot, dia sempat membelek mutiara kata-kata semangat yang saya lekatkan di dinding....pemberi semangat untuk saya terus bekerja ikhlas kerana Allah. Saya hanya tersenyum tatkala jari jemari tuanya memegang tulisan-tulisan tersebut sambil mulutnya terkumat kamit membaca tulisan-tulisan tersebut. 




Matanya terus membelek .....dan sampai ke sudut di tempat saya lekatkan gambar saya dan suami ketika kami sama-sama mengerjakan umrah suatu ketika dahulu. Dia nampak tersenyum , mungkin teringatkan suaminya...saya tidak menegur, dan membiarkan dia terus bekerja dan tersenyum seorang diri. 



Di suatu sudut lain, saya lekatkan kata-kata motivasi dalam mendidik anak. Tidak saya nafikan, cara mendidik anak sekarang sudah jauh bezanya dari cara ibu bapa kita mendidik kita. Justeru, saya harus selalu mengingatkan diri, meng'update' diri dengan ilmu-ilmu parenting yang sepatutnya saya terus belajar dari hari ke hari. 



Tangan mak cik tersebut yang dari tadi bergerak mengelap ke sana ke mari tiba-tiba terhenti. Dia berpaling ke arah saya, lantas bertanya..."Puan, boleh saya datang waktu rehat nanti untuk salin ayat-ayat ni?"



Saya hanya tersenyum lebar. "Boleh, makcik", sambil hati saya berbunga kerana dapat berkongsi ilmu dengan makcik tersebut.Sudah di niatkan di dalam hati, waktu rehat nanti makcik pasti seronok sebab saya sudah printkan semuanya untuk makcik.



"Makcik minat belajar dik, dulu orang susah....mak pula meninggal selepas makcik SRP....jadi tak dapat sambung belajar,.....I was Melaka High School student before"...jelas tampak kebanggaannya ketika menyatakan dia dari sekolah tersebut.Namun , di hujung senyumnya, dia mengetam bibir...Mungkin kerana hampa kerana terkandas tidak dapat sambung belajar.

Saya terus bersembang dengannya...dan perbualannya mengenai anak-anaknya, kesusahan yang dia tempuhi untuk membesarkan anak-anaknya. Dia tabah, itu yang dapat saya konklusikan. Seorang wanita yang cekal dalam hidup. Sesekali dia berbicara dalam bahasa inggeris, mungkin kerana latar belakang keluarga yang campur(mixed family).

Wanita itu tersenyum sambil bercerita tentang karenah anak-anaknya....yang besar sudah di menara gading , dan yang kecil masih di tahun 3. Itulah kekuatan seorang wanita, kekuatannya bukan pada anggota fizikalnya, tapi kerana orang-orang disekelilingnya. Dia tekad keluar berjuang mencari rezeki memikirkan anak-anak walau kudratnya mungkin patut dinafkahkan ke majlis ilmu. Dari ceritanya, saya tahu...dia masih berminat dalam ilmu walau usianya sudah lebih setengah abad...

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? ( Al-Baqarah,32). 

Alhamdulillah di atas segala nikmatMu Ya Allah. Moga hidup ini lebih banyak memberi manfaat kepada orang lain. Tetapkanlah iman kami supaya sentiasa terpaut kuat dengan cintaMu.

2 comments:

  1. makcik yang sama pun tnya tentang maksud tulis kat whiteboard akak " Antara tanda Doa dimakbulkan Allah ialah apabila kita mula BERUSAHA"..nampak sangat minat dia utk belajar..

    ReplyDelete

try2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...