Monday, March 25, 2013

Lagi 7 hari....


Lagi 7 hari......kejap je rasanya......

Lagi 7 hari...kami brekfes bersama.....lepas ni .....apa cerita ....

Lagi 7 hari....waktu lunch kami sama....lepas ni taktau lagi....

Lagi 7 hari......kami ke ofis sama2.....lepas ni macam mana pulak gayanya....

Lagi 7  hari....kami hantar anak2 ke sekolah and rumah babysitter sama-sama...lepas ni siapa yang hantar...

Lagi 7 hari.....kami bangun dan berebut toilet.....lepas ni...siapa bangun dulu...

Lagi 7 hari...kami siapkan anak-anak sama-sama....lepas ni..macam mana plannya...

Lagi 7 hari....kami bincang tentang pekerjaan yang sama....lepas ni...berubahlah tajuk borak ......

Lagi 7 hari.....kami bergelak sakan di meja ofis guna line free.....lepas ni...konpemlah telefon senirik..

Lagi  7 hari.....

Benar, jangan takut jangan gusar


Innallaha maa'na

Selamat berjuang wahai suami...

Janji Allah itu pasti.....

Alhamdulillah:) 

rezeki baby dan anak2 kita :)




Thursday, March 21, 2013

Assalamualaikum baby kecik!!!

Dr. Russita kata.....maybe boy lagik......sebab dia dok ber'stunt'  sakan dalam womb tu...sat pusing sana, sat pusing sini:) 



Even masa ummi dok tengok scan tu pun...Dr Rusitta nak snap pic pun jenuh tunggu dia berhenti berehat...sat dia lompat kot sana, sat dia lompat belah sini..

                                              

Baby kecik.... Allah jaga sayang di situ, seronok ye main-main:) bulan 10 kita jumpa ye sayang...:) haihhhh tak sabar ni!!

Wednesday, March 20, 2013

Maafkan Ummi, sayang...

Sudah hampir setengah jam tangan ummi  memegang tetikus.  Bukak email, bukak facebook.....tapi fikiran ini masih belum dapat menumpukan perhatian untuk kerja. Bukan tidak ada kerja yang perlu dibereskan, malah exam paper pun masih belum finalised. Kusut sangat harini ..baru saja hendak tumpukan pada exam paper, fikiran ummi melayang lagi...


Terngiang-ngiang suara budak kecil ni....yang depan tu..yang pakai spek terbalik tuu.....

Sudah hampir 2 minggu, setiap hari ummi akan basuhkan comforter, semburkan febreeze pada tilam....dek kerana Wafa' terkencing malam. Walau setiap malam ketika ummi sapukan minyak pada perut Wafa', ummi tidak lekang ingatkan untuk ke toilet kalau nak kencing, namun....tercicir jua di atas katil....


Selalunya ...aturannya....Ummi , Hubayb dan Walid tidur di atas katil ....dan Widaad dan Wafa' di atas tilam di sebelah katil ummi dan walid...dan selalunya jugaklah, ketika kami terjaga untuk subuh, terasa begitu ketat, tak boleh berpusing.....sebab semua anak-anak2 dah berada di sebelah ummi dan walid...ya , kami berlima di atas katil queen yang comel itu....kalau di kira dengan baby dalam perut ummi ni, berenamlah kami....


Semalam, mungkin terlalu penat bekerja, ketika Wafa' kejutkan Ummi untuk beritahu dia terkencing, Ummi terasa sangat geram. Mata yang ala-ala bukak, ala-ala tutup berjalan ke bilik Wafa'...ambilkan baju lain untuk ditukar...Ummi tengook Walid dah angkatkan Wafa' ke toilet...dan bersihkan Wafa....Ummi dongak ke jam dinding, sudah jam 2.30 pagi...Ummi ke ruang tamu dan ambil febreeze.....dan semburkan pada tilam...ya, tilam ummi dan walid...ada setompok bekas air kencing Wafa'...baru je ummi basuhkan cadar tu semalam:( ntah pukul berapa Wafa' naik ke atas katil tidur di antara walid dan ummi..... Wafa' yang baru keluar toilet ketika tu tanpa disoal menjawab.."Wafa' tak tahan, terkencing.." 


Ummi buat dek je...kalau ummi bukak mulut, konpem kuat suara ummi. Habes pakaikan baju Wafa'...umi suruh Wafa tidur di bawah...di katil pun hanya muat 2 orang sebab tempat di tengah dah basah...jadi Ummi ke tilam bawah dengan Wafa dan Widaad.....


Mata Ummi dah tertutup.Ummi dengar suara Wafa'..."Nak susu coklat..." haihh....geram lagi. Ummi buat dek jugak. 

Ummi dengar lagi...kalini tangisan Wafa'..dan tangisan Wafa' semakin lama semakin kuat...dan Ummi tak boleh tidur dengan kebisingan suara Wafa' di telinga Ummi. 


Ummi beritahu Wafa'.."kalau minum nanti kencing lagi, esok ummi buatkan".....tapi, itu bukan penutup tangisan Wafa..selagi tak dapat susu coklat dia...selagi tu suaranya semakin meninggi....Ummi buat dek lagi...malas nak layan


Semakin dibiarkan, suaranya lagi kuat. Bingit rasanya telinga. 

Ummi bukak mata...bagi warning pada Wafa'...."kalau nangis lagi, Ummi tampaq!" ...Wafa' terus menangis, langsung tak hiraukan kata-kata Ummi. Ummi tengok Wafa dah duduk, tidak lagi baring di sebelah ummi,...apa lagi, hinggap la tamparan ummi dua das kt pipi Wafa'..pang! pang! huhhhhhh..


Walid bangun...ummi dengar walid cakap..."Azah..."...Walid panggil Wafa untuk tidur dengan Walid....dan Ummi terus terdiam,tersedar , terkejut, terkesan...ASTAQFIRULLAH HAL A'ZIIIMM...!!





Teringat kata-kata Prof Dr. Rozeta Shaari, peluklah selama yang rasa boleh bersabar. Dan peluklah dengan HADIR DIRI, MINDA DAN HATI. Jika rengetan itu telah bertambah menjadi tangisan, jangan cepat menyangka dia sengaja nak lenja dan mengambil kesempatan. Mungkin selama ini tidak dilakukan sebegini, maka sedih di hatinya tu dah banyak, maka banyaklah yang nak didownload.


Jika masa tu banyak kerja, just cium dia dan katakan yang anda perlu buat kerja tu dulu dan kemudian will sambung peluk dia balik.

Selalunya budak di bawah 5 tahun, tidaklah sengaja nak mengada-ngada. Namun, jika ada maka di situ ada ketidakseimbangan EQnya. Maka perlu di isi tangki EQnya dengan mempamerkan loving and firm parenting.




Ya Allah, campakkan lah padaku kesabaran yang tinggi , dan limpahkanlah padaku kasih sayang yang melimpah ruah, agar aku dapat memberi yang terbaik pada amanah-amanahmu ini Ya Allah!

Wednesday, March 13, 2013

Alhamdulillah

Harini mak cik vacuum baru datang vacuum bilik...sambil mengelap meja dan perabot, dia sempat membelek mutiara kata-kata semangat yang saya lekatkan di dinding....pemberi semangat untuk saya terus bekerja ikhlas kerana Allah. Saya hanya tersenyum tatkala jari jemari tuanya memegang tulisan-tulisan tersebut sambil mulutnya terkumat kamit membaca tulisan-tulisan tersebut. 




Matanya terus membelek .....dan sampai ke sudut di tempat saya lekatkan gambar saya dan suami ketika kami sama-sama mengerjakan umrah suatu ketika dahulu. Dia nampak tersenyum , mungkin teringatkan suaminya...saya tidak menegur, dan membiarkan dia terus bekerja dan tersenyum seorang diri. 



Di suatu sudut lain, saya lekatkan kata-kata motivasi dalam mendidik anak. Tidak saya nafikan, cara mendidik anak sekarang sudah jauh bezanya dari cara ibu bapa kita mendidik kita. Justeru, saya harus selalu mengingatkan diri, meng'update' diri dengan ilmu-ilmu parenting yang sepatutnya saya terus belajar dari hari ke hari. 



Tangan mak cik tersebut yang dari tadi bergerak mengelap ke sana ke mari tiba-tiba terhenti. Dia berpaling ke arah saya, lantas bertanya..."Puan, boleh saya datang waktu rehat nanti untuk salin ayat-ayat ni?"



Saya hanya tersenyum lebar. "Boleh, makcik", sambil hati saya berbunga kerana dapat berkongsi ilmu dengan makcik tersebut.Sudah di niatkan di dalam hati, waktu rehat nanti makcik pasti seronok sebab saya sudah printkan semuanya untuk makcik.



"Makcik minat belajar dik, dulu orang susah....mak pula meninggal selepas makcik SRP....jadi tak dapat sambung belajar,.....I was Melaka High School student before"...jelas tampak kebanggaannya ketika menyatakan dia dari sekolah tersebut.Namun , di hujung senyumnya, dia mengetam bibir...Mungkin kerana hampa kerana terkandas tidak dapat sambung belajar.

Saya terus bersembang dengannya...dan perbualannya mengenai anak-anaknya, kesusahan yang dia tempuhi untuk membesarkan anak-anaknya. Dia tabah, itu yang dapat saya konklusikan. Seorang wanita yang cekal dalam hidup. Sesekali dia berbicara dalam bahasa inggeris, mungkin kerana latar belakang keluarga yang campur(mixed family).

Wanita itu tersenyum sambil bercerita tentang karenah anak-anaknya....yang besar sudah di menara gading , dan yang kecil masih di tahun 3. Itulah kekuatan seorang wanita, kekuatannya bukan pada anggota fizikalnya, tapi kerana orang-orang disekelilingnya. Dia tekad keluar berjuang mencari rezeki memikirkan anak-anak walau kudratnya mungkin patut dinafkahkan ke majlis ilmu. Dari ceritanya, saya tahu...dia masih berminat dalam ilmu walau usianya sudah lebih setengah abad...

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? ( Al-Baqarah,32). 

Alhamdulillah di atas segala nikmatMu Ya Allah. Moga hidup ini lebih banyak memberi manfaat kepada orang lain. Tetapkanlah iman kami supaya sentiasa terpaut kuat dengan cintaMu.

Thursday, March 7, 2013

Ayat terpanjang dalam al-quran

Tahukah anda tentang satu fakta di dalam quran...

Ayat yang terpanjang dalam al-quran...ialah surah Al-Baqarah ayat 282. 

Berkenaan hutang.

Jom kita tengok tarjim ayat tersebut.

A'uuzu billahi minash syoito nirrojiim

Bismillahir rahmaanir rahiim

Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan hutang piutang yang diberi tempoh hingga ke suatu masa yang tertentu, maka hendaklah kamu menulis (hutang dan masa bayarannya) itu. Dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menulisnya dengan adil (benar). Dan janganlah seseorang penulis enggan menulis sebagaimana Allah telah mengajarkannya. Oleh itu, hendaklah ia menulis dan hendaklah orang yang berhutang itu merencanakan (isi surat hutang itu dengan jelas). Dan hendaklah ia bertaqwa kepada Allah Tuhannya, dan janganlah ia mengurangkan sesuatu pun dari hutang itu. Kemudian jika orang yang berhutang itu bodoh atau lemah atau ia sendiri tidak dapat hendak merencanakan (isi surat itu), maka hendaklah di rencanakan oleh walinya dengan adil (benar) dan hendaklah kamu mengadakan dua orang saksi lelaki dari kalangan kamu. Kemudian kalau tidak ada saksi dua orang lelaki, maka bolehlah, seorang lelaki dan dua orang perempuan dari orang-orang yang kamu setujui menjadi saksi, supaya jika yang seorang lupa dari saksi-saksi perempuan yang berdua itu maka dapat diingatkan oleh yang seorang lagi. Dan janganlah saksi-saksi itu enggan apabila mereka dipanggil menjadi saksi. Dan janganlah kamu jemu menulis perkara hutang yang bertempoh masanya itu, sama ada kecil atau besar jumlahnya. Yang demikian itu, lebih adil disisi Allah dan lebih membetulkan (menguatkan) keterangan saksi, dan juga lebih hampir kepada tidak menimbulkan keraguan kamu. Kecuali perkara itu mengenai perniagaan tunai yang kamu edarkan sesama sendiri, maka tiadalah salah jika kamu tidak menulisnya. Dan adakanlah saksi apabila kamu berjualbeli. Dan janganlah mana-mana jurutulis dan saksi itu disusahkan. Dan kalau kamu melakukan (apa yang dilarang itu), maka sesungguhnya yang demikian adalah perbuatan fasik (derhaka) yang ada pada kamu. Oleh itu hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah dan (ingatlah), Allah (dengan keterangan ini) mengajar kamu dan Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

Surah Al-Baqarah ayat 282

Tuesday, March 5, 2013

Isteri Cerdik Yang Solehah





Isteri cerdik yang solehah 

Penyejuk mata penawar hati penajam fikiran 

Di rumah dia istri di jalanan kawan 

Di waktu kita buntu 
Dia penunjuk jalan 

Pandangan kita diperteguhkan 
Menjadikan kita tetap pendirian 
Ilmu yang diberi dapat disimpan 
Kita lupa dia mengingatkan 

Nasihat kita dijadikan pakaian 
Silap kita dia betulkan 
Penghibur diwaktu kesunyian 
Terasa ramai bila bersamanya 

Dia umpama tongkat sibuta 
Bila tiada satu kehilangan 
Dia ibarat simpanan ilmu 
Semoga kekal untuk diwariskan 

Isteri cerdik yang solehah 
Penyejuk mata penawar hati penajam fikiran 
Di rumah dia istri di jalanan kawan 
Di waktu kita buntu 
Dia penunjuk jalan 

Friday, March 1, 2013

Belajar dan terus belajar

Saya ada belajar sesuatu semalam.....

Yang keadilan Allah itu bukan sama rata

Yang saksama Allah itu bukan sama banyak

Yang kasih sayang Allah itu Maha Luas

Mungkin sebelum ni saya hanya pandai berkata-kata

Mulut hanya mengiakan 

Tapi hati tidak begitu faham

Bila batang hidung sendiri yang terkena

Baru mula faham

Itupun setelah lama bermuhasabah



Kenapa orang itu nampak begitu sempurna kehidupannya

Kenapa orang itu nampak seperti begitu mudah perjalanan hidupnya

Kenapa orang itu tampak seperti kurang masalah

Tapi, saya sebaliknya


Saya lupa

Saya tak fikir

bahawa hanya satu sisi Allah kurangkan untuk saya

Tapi lebih dari satu sisi yang lain Allah lebihkan untuk saya

Lebih, memang lebih walaupun dibandingkan dengan mata kasar..

Apatah lagi jika dihitung dengan nilaian mata halus


Saya malu

malu pada keterangan diri sendiri

namun tanpa lidah

cinta Allah  ternyata lebih terang 

sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskan

dalam menghuraikan cinta

akal terbaring tak berdaya

bagaikan keldai terbaring di dalam lumpur

nilaian cinta sendirilah yang paling bijak menerangkan cinta dan percintaan

**sujud syukur**

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...