Tuesday, November 15, 2011

Ummi is 38 weeks pregnant

كُتِبَ عَلَيْكُمُ الْقِتَالُ وَهُوَ كُرْهٌ لَّكُمْ وَعَسَى أَن تَكْرَهُواْ شَيْئاً وَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ وَعَسَى أَن تُحِبُّواْ شَيْئاً وَهُوَ شَرٌّ لَّكُمْ وَاللّهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لاَ تَعْلَمُونَ
(البقرة: 216)

"Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah: 216)
 
Untuk Ummi....sekarang dah 38 weeks. Sakit merata-rata sangat...sampai terkadang keluar air mata dek menahan kesakitan. Ummi doakan moga Allah tentukan yang terbaik untuk Ummi, ya...Ummi yakin sangat. Ummi akan terus bersangka baik dengan Allah kerana yakin dengan janjiNya..

Bak doa di dalam Al Mathurat yang selalu kita bacakan setiap pagi dan petang....Ya Allah, jangan Kau biarkan nasibku ditentukan oleh diriku walau dengan kadar sekelip mata...Ameen !!!

Yang jelas, apa pun yang ada pada diri Ummi, maka Ummi akan terus berbaik sangka kepada Allah SWT, bahawa itu semua yang terbaik untuk kita sekeluarga. Tidak akan sesekali Ummi biarkan bisikan jahat memasuki ruang hati ini. Sesuatu yang kita suka atau kita benci semuanya tidak lain merupakan nikmat sekaligus adalah ujian kepada kita. Ummi redha, terima apa yang ada. Tidak sesekali meragui apa yang berlaku pada diri Ummi, kerana boleh jadi semua itu adalah yang terbaik untuk kita.

Dan sekiranya kita mampu menerimanya dengan lapang dada, hidup akan lebih bersemangat dan ceria, kerana tidak ada lagi istilah gagal di dalam kamus kehidupan kita. Hidup akan lebih tenang dengan segala kekurangan yang ada di dalam diri kita. Tidak ada kebimbangan kerana semuanya diserahkan kepada Allah untuk memberikan yang terbaik bagi diri kita sekeluarga. Yesszzzaaaa!!!
 

Allah knows the best!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...