Friday, November 4, 2011

:)Bicara hati Ummi dan little caliph

Hari ini Ummi dah 36 weeks pregnen....alhamdulillah , dah 9 bulan little caliph ummi dlm perut ummi.

Mungkin betul apa kata doktor, pembawakan anak lelaki berbeza....tapi sayang, ummi letih sgt. Bayangkan untuk berjalan dari family hall ke bilik untuk solat pun, ummi terpaksa menggunakan bantuan dinding...Allahuakbar!

Hanya Allah yang tahu apa perasaan Ummi sekarang, sebab tu tiada gunanya ummi mengadu dengan sesiapa...Dia jualah yang Maha tahu.. Ummi pasrahkan diri..kuatkan hati...mesti ada hikmah yang sangat ummi tak tahu..apa yang bakal berlaku pada anak Ummi ini. Mungkin seorang yang sangat hebat, mungkin pejuang Islam yang berani, mungkin juga seorang yang bakal memimpin tangan orang disekeliling ke syurga nan abadi...Hanya Allah yang Mahu Tahu....

Mungkin ada yang akan katakan Ummi mengada2, baru 36 weeks sudah penat ke sana ke mari..baru 36 weeks sudah tak larat..orang lain sudah overdue masih kuat bertenaga..Habuan masing2 lah kan sayang..

Mungkin semangat kakak2, Widaad dan Wafa' yang tak sabar untuk jumpa little caliph ummi yang menguatkan ummi....tak serik untuk suruh ummi berehat, tanya kenapa ummi senyap....itu yang ceriakan ummi.Alhamdulillah, Allah berikan Ummi dua puteri yang sentiasa menceriakan hati ummi....Semalam, Ummi sudah tertiarap di atas katil ..menangis kerana terlalu helpless, terasa berat sangat nk bawak badan, tangan, kaki...untuk mandi.Kakak2 sayang yang tenangkan Ummi. Diroang suruh ummi tidur dulu ....Kakak Widaad memang tak boleh tengok Ummi menangis..Dia pun turut akan mengangis..:) comel kan:) Kakak Wafa' pula...dah lihat mata Ummi yang berjurai2 dengan air mata, masih lagi bertanya ," Ummi nangis ke?Kenapa Ummi nangis?Ummi sakit ke?Meh adik picit ye"..sambil memicit2 mata ummi...Sungguh ummi terpukau..Kakak2 little caliph baik tau sayang....:)Insyaallah...

Dan sudah tentu sokongan Walid yang tak berbelah bagi untuk Ummi....ummi bersyukur:) Walau sibuk dengan kelas di MMU, kuliah di luar setiap malam, mungkin Walid lebih letih dari Ummi dari hitungan mata kasar. Hatta makan sekali pun, Walid akan makan dengan cepat lantaran ada kelas di MMU yang pack sehingga jam 7 malam. Terkadang, dek kepenatan ummi yang tidak sempat menyiapkan makan malam, Walid terpaksa berlapar ke masjid. Mujur juga ada jamuan kuih dan kopi sebagai pelapik perut Walid selepas kuliah. Namun, sampai di rumah ....Walid pasti tidak akan menolak sekiranya Ummi minta di picitkan kaki, di gosokkan ubat....walaupun kadang ummi terdengar .."belum sempat duduk lagi harini"...kesian juga pada Walid...Moga kita semua beroleh pahala yang sama dengan Walid kerana redha kita. Walid pergi bukan untuk bersuka-suka. Tapi, berkongsi ilmu. Moga dimanfaatkan dan kita semua beroleh pahala yang sama.


"Cinta ada kekuatan yang mampu.. mengubah duri jadi mawar, mengubah cuka jadi anggur mengubah malang jadi untung, mengubah sedih jadi riang mengubah setan jadi manusia, mengubah iblis jadi malaikat mengubah sakit jadi sihat, mengubah bakhil jadi dermawan mengubah kandang jadi taman, mengubah penjara jadi istana mengubah amarah jadi ramah, mengubah musibah jadi mahabbah Itulah dia Cinta.."

"Sekalipun cinta telah kuuraikan, dan kujelaskan panjang lebar, namun jika cinta kudatangi, aku jadi malu pada keteranganku sendiri.. Meskipun lidahku telah mampu menguraikan dengan terang, namun tanpa lidah, cinta ternyata lebih terang, sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskannya, kata-kata pecah berkeping-keping begitu sampai kepada cinta, dalam menguraikan cinta, akal terbaring tak berdaya bagaikan keledai terbaring dalam lumpur..

hehehe..bukan ayat Ummi yang jiwang2 tu, itu ayat dari filem "Ketika cinta bertasbih:)"

Apabila dikaitkan dengan perasaan dan rasa cinta fitrah yg diciptakan Allah bersama-sama penciptaan kita di dunia ini, sama ada yg bakal dialami atau sedang dialami oleh sesiapa sahaja.Namun, jika ini fitrah dariNYA, maka yg pasti DIA tidak akan menzalimi hambaNYA, dan sudah pasti tersedia satu panduan pengawalan kepada fitrah ini.Sebagaimana diketahui, nyalaan api memang membahayakan jika dibiarkan, namun jika dikawal dan diekploitasi dgn baik, berbahaya akan bertukar menjadi bermanfaat, seperti utk dijadikan bara memanaskan badan, atau untuk dijadikan tempat memanggang.

Jadi sayang, bercintalah dengan Allah..pasti cinta yang lain akan datang mengejar kita:) :) InsyaAllah..percaya pada janji Allah!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...