Benci pada iblis bermakna kita jangan ikut sifat2 iblis ni. Siapakah Iblis? "Dia adalah dari golongan Jin, maka ia mendurhakai perintah Tuhannya" ( Al-Kahfi ayat 50). Ketidakmauan Iblis untuk bersujud kepada Adam ‘alaihissalam adalah kerana dengki dan takabur. Sebabnye, Iblis kata dia lebih hebat dari Nabi Adam. “Saya lebih baik daripadanya: Engkau ciptakan aku dari api sedang dia Engkau ciptakan dia dari tanah”.(Al-A’raf 13).
Iblis berjanji di hadapan Allah dia akan menjerusmuskan manusia ke dalam maksiat dengan segala kemampuannya, dia akan mendatangi manusia dari arah depan, belakang, kanan dan kiri, dari atas dan bawah. Semua usaha penyesatan akan Iblis lakukan supaya anak keturunan adam tidak bersyukur kepada Allah, jauh dari solat, tidak suka mengingati Allah, terjerumus ke dalam kesyirikan dan menjadi temannya di neraka Jahannam. Namun Iblis mengakui sendiri bahwa ia tidak akan mampu mengalahkan hamba Allah yang Ikhlas, hamba-hamba yang yakin dan tawakal kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala.
Setiap orang ada ego tersendiri. It is just how we control our egoism. Ego adalah musuh terbesar kita, yang menyekat laluan ketakwaan kita kepada Allah. Kerana ego ita mungkin tidak menyapa sahabat, kerana ego jugak kita boleh berbohong, kerana ego jugalah kita mungkin jatuh ke golongan munafik.
Sifat mazmumah yang kita namakan ego ini perlu dielakkan oleh setiap orang Islam. Sifat ego boleh merosakkan hubungan dengan Allah dan hubungan sesama manusia. Rosaknya hubungan Allah kerana sifat itu meyebabkan seseorang itu menjadi sombong, angkuh, takabbur dan lupa tentang dirinyasebagai makhluk yang mempunyai kelemahan. Sifat ego juga menyebabkan hubungan kemanusian menjadi porak peranda, benci membeci, dendam mendendami dan sebagainya.
Macam mana nak patahkan ego ? Takwa :) Takwa ertinya , takut kepada Allah. Kalau kita takut kepada Allah, tak sanggup kita nak benarkan ego menguasai diri, tak sanggup kita biarkan our decision is made by our egoism....Hanya dengan takwa kepada Allah dengan sebenar benar takwa, kita boleh lemahkan ego diri.
Fight with your egoism, jangan biarkan ego menguasai diri. To make it weak, then die. This is because as long as your ego gives orders, and you are working under its command, you wont be able to reach to anything from the Divine Presence.
Senyum selalu !!
No comments:
Post a Comment
try2