Ada orang nak bagi RM1 juta. Tapi..kena amik duit tu tengah malam..pukul 3 pagi ke atas....
Sanggupkah nak pergi ni? Naik kereta lagi..tgh mlm lagi..time sedap tido ni...
Jawapan : Gila taknak?NAKKKKK..bagi RM1000 free pun sanggup bangun!!
Situasi 2
Allah nak bagi ganjaran lebih dari 1000 bulan beribadah dan BONUS..nak makbulkan semua permintaan kita!!...tapi....kena bangun dan berdoa...minta padaNya apa yang kita nak...
Jawapan : tepuk dada..tanya iman..
Mmm...dalam situasi di atas, mana satu yang lebih kita pilih?Mana satu yang lebih berminat?
Lailatul Qadr (Malam Qadar) yang dinyatakan di dalam al-Quran sebagai, “lebih baik daripada seribu bulan” (97:3).
Apa-apa ibadah yang dilakukan pada malam ini seperti membaca al-Quran, mengingati Allah, dan lain-lain adalah lebih baik daripada beribadah untuk 1000 bulan yang tidak mengandungi malam Qadar.
Rasulullah saw sendiri memaksa dirinya dengan ketaatan dalam sepuluh malam terakhir berbanding pada masa lain.
Nabi berkata: “Sesiapa sembahyang pada malam Qadar dengan iman dan harapan untuk ganjarannya, semua dosa-dosa sebelum ini akan diampuni.” (Bukhari dan Muslim dari Abu Huraira)
Abu Huraira ra, berkata bahawa nabi bersabda: Apabila berakhir satu pertiga malam, Allah, Yang Amat Terpuji turun ke langit bumi dan berfirman: Siapakah yang berdoa untuk Ku? Siapa yang berdoa untuk ku memohon apa-apa akan ku perkenankan. Dan yang yang memohon keampunan kepada-Ku, Aku akan memaafkannya. (Bukhari, Muslim).
Sekadar renungan...cuba tengok ape adik cilik ni cakap....nak nangis pon ada...
Masih berbaki beberapa hari ni untuk Ramadhan tahun ni..tahun depan belum tentu jumpa lagi...jom Qiam!
No comments:
Post a Comment
try2