Hari ini 19 Ramadhan..hari ini juga 08/08/2012..hari jadi anak manja Ummi, Amal Wafa'..huhuuu..time kasih maklong call utk wish befday Wafa'. Ummi bkn lupa, dah ingat 2 days before, dah excited nk buat apam polkadot utk Wafa'..tapi arini ntah macam mana lupa plak...
Bila maklong letak telefon, kakak Widaad tanya ummi, "Kenapa, ummi lupa ke hari ni hari jadi Wafa?" makkk aiii....
Maafkan ummi sayang..Ummi TERRRRlupa....mungkin lebih excited dan terkesan dengan ceramah "Al Quran Mukjizat Teragung" anjuran STAD semalam...
Yes, bila cakap pasal quran, memang Ummi akan excited lebih.sangat obses dengan al-quran...Ustaz Faheem, speaker semalam cerita tentang mukjizat al quran, yang dapat kita pegang harini. Mukjizat quran ni diberi oleh Allah, words of Allah to prophet Muhammad saw. ...Rugilah kita kalau kita tak ambil kisah pasal quran.
Yes, banyak yang dapat Ummi kutip semalam. Ustaz Faheem cerita, musuh utama Islam ialah kejahilan. Walid selalu cerita kat ummi, Yusuf Qardawi kata...jahil itu bukan seseorang yang tidak ada ilmu, tapi dia ada ilmu , tetapi ilmunya salah....salah praktis gitu....Jadi, jahil lawannya ilmu yang betul. ...Cantiknya ayat pertama yang Allah turunkan adalah berkaitan dengan ilmu. ..which is surah Al-Alaq. ..bacalah!!
Quran bukan sahajacerita tentang sejarah, malah ia mencakupi segenap ruang kehidupan. Bak kata Walid, quran manual kehidupan. ..cerita tentang tauhid, syari'at, akhlak, ilmu pengatahuan, dan ia adalah panduan terbaik untuk amalan seharian. Ruginyaaa kalau kita tak ambil kisah...
Bercerita tentang Ramadhan, Ustaz Faheem bercerita tentang malam lailatul qadar, malam yang menjadi impian setiap muslim untuk bertemu. ya....Ustaz Faheem kata....malam lailatul qadar pernah terjadi lain dari 10 malam terakhir ramadhan....jadi, dah kena rebut ni...dah kena cari ni...ustaz faheem kata....malam lailatul qadar harus dicari pada 17 Ramadhan ke atas..nahhh..lagilah Ummi excited!
Macam mana boleh ada malam lailatul qadar ni? Nak tahu sirahnya..??
Wujudnya Lailatul Qadar apabila Rasulullah berdoa kepada Allah setelah melihat kehebatan seorang lelaki Bani Israil yang sentiasa menghunuskan pedang (berperang) membela agama Allah selama 1000 bulan (lebih kurang 83 tahun). Disebabkan terpegun akan kehebatan lelaki itu lalu baginda berdoa :
"Ya Tuhanku, Engkau jadikanlah umatku lebih pendek umurnya dan lebih sedikit amalnya (amal yang sedikit, tetapi ganjarannya besar.)"
Kemudian Allah memakbulkan doa baginda dengan memberikan Lailatul Qadar kepada umat Nabi Muhammad S.A.W yang mana jika seseorang menghidupkan satu malam itu sahaja, ganjarannya lebih baik dari lelaki Bani Israil yang berjihad selama 1000 bulan itu.
Wahhhh...ruginya kita kalau tak mencari malam lailatul qadar kan? :)