'Take parenting seriously but be playful and joyful as you carry this wonderful responsibility. You will find it fulfilling, meaningful and successful in raising your children.'
Bagi seorang anak kecil, ibu bapanya adalah segala-galanya. Apa kepercayaan ibu bapa terhadapnya, itulah yang dia percaya mengenai dirinya. Maksud percaya di sini, ialah apa yang terdetik di hati kita mengenai anak kita itu boleh dirasai olehnya
Jika kita merasakan dia sangat istimewa untuk anda, maka dia akan membesar dengan penuh keyakinan diri. Tetapi jika di hati anda ada meras...akan bahawa dia adalah a nuisance, maka dia akan ditawan oleh keraguan diri.
Dalam membesarkan anak-anak pelbagai cubaan datang melanda. Bila anak-anak mengikut cakap, hati kita berbunga. Bila anak-anak melakukan yang disebaliknya, hati mana yang tidak duka. Namun, teruskan berdoa. Anak-anak kita itu juga perlu belajar daripada liku-liku hidup mereka.
Anda perlu ambil kembali kepimpinan anak-anak itu dan bimbing mereka dan berhenti menunaikan permintaan mereka. Namun, lakukan semua itu dengan penuh hormat dan kasih-sayang kepada mereka. Sekiranya anda tidak mahu menunaikan permintaan mereka yang tidak baik itu, jelaskan dengan penuh kasih-sayang sehingga mereka faham.
Sayangkan anak tidak bermaksud kita perlu mengikut semua kemahuannya. Sebagai ibu bapa kita perlu meletakkan garis panduan yang jelas untuk mereka ikut. Bila mereka melanggar garis-panduan itu, maka kita perlu tegas melaksanakan natijah daripada perbuatan itu. Inilah yang disebut ' Tough Love'. Semoga Allah memberi kekuatan kepada kita melaksanakan tugasan kita dengan baik.- Prof Rozieta Shaary
Play is often talked as it were a relief from a serious learning. But for children play is a serious learning.Play is really the work of childhood - Fred Rogers
No comments:
Post a Comment
try2