Tuesday, July 5, 2011

Indahnya menjadi seorang wanita..


Terkesima saya ketika mendengar ceramah ustaz Kazim Elias ketika menunggu ibunda dan ayahanda yang baru pulang dari umrah....Kami berjanji bertemu di Dataran Nilai sementelah adik bongsu saya, Naziri pergi menjemput mereka di KLIA. Lantaran kuliah suami yang tamat lebih kurang 930mlm, ibunda dan ayahanda pula tiba jam 930 mlm. Bertemu di Nilai supaya kedua mereka dapat berehat di homestay sebelum bergerak pulang ke Kulim dgn kereta..Bolehlah berehat dan bersembang panjang sedikit...sudah 2 bulan rasanya tidak pulang ke kampung halaman di Kedah...

Mencari di ruang youtube, saya terjumpa dengan video yang sama...sedap didengar..sejuk hati dijadikan Allah sebagai seorang wanita di zaman akhir, umat Nabi Muhammad saw : http://www.youtube.com/watch?v=iw82qGS4N_g&feature=fvsr

"Setiap satu perhiasan ada perhiasan. Perhiasan dalam rumah tangga kita adalah isteri kita, perhiasan bagi hari ialah hari jumaat, perhiasan kepada bulan ialah bulan ramadhan, perhiasan bg syurga adalah bidadari, perhiasan kepada alquran adalah surah yassin, perhiasan bg segala malaikat adalah jibriel alaiah , perhiasan kepada rasul ialah nabi Muhammad saw."


Teringat pula di petang Sabtu ketika bersantai bersama anak-anak menonton "Adik-adikku" bersama Datuk Dr. Harun Din..."Dunia ni perhiasan untuk orang kafir. Allah nak tengok adakah kita akan tergelincir dari tujuan sebenar kita di dunia ni.Tak salah mencari dunia, tapi jangan lupakan akhirat kita..saham terpenting kita"
*



*


*


*


*


*
Wanita hadir atas nama cinta. Ya, cinta yang paling agung adalah datangnya dari Ilahi.


Memang benar, pernah dikatakan Rasulullah bahawa antara golongan yang paling ramai memasuki neraka adalah wanita. Namun, jangan dilupakan bahawa mereka juga mudah untuk memasuki syurga. Bagaimanapun, hari ini ramai golongan wanita kurang menyedari kemuliaan kedudukan mereka di sisi agama. Larangan dan perintah, bukanlah untuk menyusahkan mereka, tetapi di situlah letaknya murni seorang wanita.

Mendengar ceramah tersebut, dapat saya simpulkan..Sayangnya Allah terhadap wanita...4 perkara yang perlu dijaga seorang wanita untuk ke syurga . Indahnya menjadi seorang wanita, isteri dan ibu.

1) Jaga Solat
2) Jaga Puasa
3) Jaga Faraj
4) Taat pada suami


Nah..pilihlah mana-mana pintu syurga yang disukai!



YOU LIFE YOUR CHOICE!! Is it so good to be a woman?

No comments:

Post a Comment

try2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...