Wednesday, July 13, 2011

Hadith Akhir Zaman

Menggeletar kaki saya ...ketakutan! bila mendengar hadith akhir zaman bacaan suami pada tazkirah semalam...MasyaAllah...it's happening! Terdapat 2 golongan yang akan menjadi penghuni neraka...Read it..feel it...YOUR LIFE..YOUR CHOICE!!!

Hadith ke 16:

Ertinya:

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda, "Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni Neraka yang belum lagi aku melihat mereka. Pertama, golongan (penguasa) yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor Iembu yang digunakan untuk memukul orang. Kedua, perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang, berlenggang lenggok waktu berjalan, menghayun-hayunkan bahu. Kepala mereka (sanggul di atas kepala mereka) bagaikan bonggol (goh) unta yang senget. Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga itu sudah tercium dari perjalanan yang sangat jauh daripadanya".

(H.R. Muslim)

Keterangan
Kebenaran sabdaan Rasulullah saw. ini dapat kita lihat dari realiti masyarakat yang ada pada hari ini. Ada golongan yang suka memukul orang dengan cemeti tanpa soal-siasat, bertindak kepada manusia dengan hukum rimba. Dan ramai perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang. Maksudnya, kalau kita hendak katakan berpakaian pun boleh, kerana masih ada secarik kain di atas badan, dan kalau kita hendak katakan bertelanjang pun boleh, kerana walau pun berpakaian tetapi hanya dengan secarik kain sahaja, maka samalah dengan bertelanjang. Atau pun ia berpakaian dengan pakaian yang sangat tipis sehingga menampakkan warna kulit dan mencorakkan bentuk aurat. Kemudian berjalan sambil menghayun-hayunkan badan dengan sanggul yang besar, seperti gob unta.

Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk ke dalam syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya, walaupun semerbak wanginya telah tercium dari jarak perjalanan selama 500 tahun sebelum sampai kepadanya.

(TAKEN FULLY FROM KITAB WITHOUT ANY AMENDMENTS)

Thing to ponder: Kenapa ye...ramai orang berilmu agama/ulama' menyokong BERSIH 2.0? :) u have the answer?:)

6 comments:

  1. Sebab ada hadith akhir azaman jugak yang menyebut :

    Sesungguhnya, sebelum kedatangan dajjal (dalam riwayat lain: sebelum kiamat) adanya tahun-tahun yang penuh tipu daya. Ketika itu didustakan orang yang benar, dianggap benar orang yang dusta, dianggap khianat orang yang amanah, dianggap aman...ah orang yang khianat, dan bercakap ketika itu al-Ruwaibidoh. Para sahabat bertanya: “Siapakah al-Ruwaibidoh?” Baginda menjawab, "Orang lekeh yang berbicara mengenai urusan awam (orang ramai)" - Rasulullah SAW

    ReplyDelete
  2. Berhimpun secara aman adalah hak asasi yang tertulis di dalam perlembagaan(Artikel 10).

    Kenapa polis nak sekat? Yang datang adalah orang yang meminta pilihan raya yang bersih..They just want a clean and fair election..that's it! They have meet up,discussed but the spr are still giving excuses.

    Wearing a bersih t-shirt is haram but a woman not covering a head is not haram? You choose your own leader friend..:)

    ReplyDelete
  3. pada yg tak paham,bersih dibuat bukan utk sokong ambiga...bukan utk memesirkan malaysia..bukan tak bersyukur..tp yang berhimpun nmpak..akan berlakunya memesirkan malaysia kalau tak diubah skarang..tuntutan ambiga akan jadi nyata kalau tak diubah sekarang....jgn hanya fikir pnjang..pandang jauh sama- Lukman Hakim Ahmad

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. If this is just a part that can help us click here http://www.youtube.com/watch?v=6bc4krVVcfY&feature=related

    & here

    http://www.youtube.com/watch?v=IRgmNVX3SoE&feature=related

    Wallahualam

    ReplyDelete

try2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...