Monday, January 31, 2011

Cikgu...Teacher...dan Muallim:)

Hari ini, saya teringatkan ...kata-kata cikgu mata pelajaran geografi saya di Sek Men Keb Agama Baling kira2 16 thn lalu....(kini Hj Nik Amli, bertugas sebagai Guru Pen Kanan di salah sebuah sek men di Ayer Hitam, Alor Setar).

Cikgu Nik Amli merupakan seorang guru yg dikenali budinya, di sanjungi dek pendiriannya yang tegas mendidik, dan di kagumi kerana keikhlasan beliau mendidik , tidak lokek ilmu..terlalu banyak jasanya..mungkin terlalu panjang untuk diceritakan di ruang ini...

Yang pasti, dia guru saya. Sehingga kini, wajah cikgu Nik Amli Nik Jusoh (masih segar namanya di ingatan saya) terlalu jelas di dalam CPU pemikiran saya. Tidak mudah di'auto-delete'kan dari 'RAM' otak saya. Jelas sekali kerana jasanya , tingkah tegasnya dan cerita2nya yang sentiasa menghilangkan kebosanan tika kami ber"camping" di hutan2 belakang sekolah, air terjun dan tentu sekali ..di dalam kelas.

Ketika saya menuntut di Tingkatan 3 Umar, beliau sedang mengikuti Kursus Master di USM. Rajinnya beliau, menuntut ilmu walau sudah beristeri dan beranak 5 ketika itu...Pastinya, kereta Datsun merahnya menjadi peneman untuk ke Pulau Pinang setiap hujung minggu. Itu cerita hujung minggu beliau..belajar...

Hari-hari biasa beliau ke sekolah...menjadi pendidik, penghibur dan penglipur lara. Tidak ada lontaran katanya yang membuatkan muridnya berasa bosan , berasa seperti ingin 'tuang' kelas, apatah lagi bersembunyi di dalam tandas menunggu tamatnya kelas beliau.Tidak..beliau tidak pernah membosankan...

Malam...bertugas sebagai warden...Mengazankan subuh, maghrib....dan merotan :) tunggu saja siapa yang berani lewat ke subuh ketika azannya berkumandang..lihat saja siapa yang mempunyai kuku panjang ketika permeriksaannya..pasti sekali rotannya hinggap ke anggota badan.....subuh? di punggung ketika perhimpunan pagi....kuku....ketika keluar dari dewan makan setiap kali makan malam, pastinya...rotannya menunngu untuk melompat ke atas tangan...

Tetapi, hari ini bukan tujuan saya untuk bercerita tentang cikgu Nik, cuma ...saya teringatkan Cikgu...cakap saja apa masalah..pasti cikgu nik ada jawapan...gangguan histeria? Cikgu Nik ada jawapan...ilmu agama...cikgu nik sentiasa membantu...ilmu duniawi..saya kira cikgu Nik banyak membaca sehingga beliau tahu, tahu akan jawapan setiap soalan yg diberi:)

"Jangan minta berhutang kepada orang yang baru kaya; jangan bertandang ke rumah orang yang baru berkahwin dan jangan melawan dengan orang yang baru naik pangkat."

Ini kata-kata Cikgu Nik yang saya fikirkan dari tadi:) mendalam maknanya...sehingga saya terfikir tentang cikgu Nik..:) Teruskan perjuangan Cikgu Nik ya...saya pasti cikgu telah banyak mendidik lebih ramai manusia menjadi manusia yang hebat....yaa....sudah lebih 16 tahun saya tidak bertemu cikgu Nik:)

Saya doakan semoga Allah memberi ganjaran yang hebat untuk orang hebat seperti cikgu:)

2 comments:

  1. Assalamuaikum? Jangan puji sangat. Malu dibuatnya. Sekarang dah tua, dah tak larat nak merotan. Apabila jumpa dengan anak-anak nakal, seperti mereka mewarnakan rambut; saya pun berkata," Sebenarnya cikgu pun ingin berbuat seperti itu ... tetapi tak tergamak". Pada suatu hari dengan tak semena-mena terjerembab dengan 2 orang pelajar sedang bergaduh. Bila dtanya mereka saling tuduh menuduh tak mahu mengalah. Jadi saya pun kata, " Apa hebat sangat, kamu berdua sama hidung kepek, " Mereka tersenyum sambil berlalu.

    ReplyDelete
  2. :) tu yang buat saya teringatkan cikgu...ada gaya tersendiri:)

    ReplyDelete

try2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...