Monday, December 3, 2012

Ibu Bapa?


Kadangkala, timbul perasaan yang ingin memberitahu anak-anak:

1. Boleh bagi abah ketenangan untuk 5 minit?

2. Tahu tak berapa mahal benda itu?
3. Tahu tak betapa susah abah bekerja?
4. Sayang rasa sayang dah faham? Apa kata kita bicara tentang nasb anak yatim.
5. Kita tidak mempunyai (IPAD, Samsung Galaxy, PS3, Iphone) ketika zaman kanak-kanak abah.
6. Abah baru balik kerja, boleh tak bagi abah berehat sekejap sebelum kacau abah.
7. Nak main dengan abah ke? Ayang ada kakak dan adik dan bilik yang penuh dengan permainan di sana.
8. Tahu tak betapa susahnya abah dan mak membesarkan ayang semua?

Ada masanya perlu diberitahu (tapi secara halus), tapi itu bukanlah perkara utama yang anak-anak kita perlu dengar.

Yang mereka perlu dengar ialah perkara-perkara seperti:

1. Abah sangat bangga dengan ayang
2. Abah sayang sangat kat ayang.

Dua ayat di atas boleh diguna berulang-ulang pada anak-anak kita.
Dua ayat di atas tiada syarat – ia bukan seperti kata-kata “Abah bangga dengan apa yang ayang lakukan” dan “Abah sayang ayang kerana itu/ini”.

Jangan letak syarat untuk menunjukkan bahawa kita bangga dan sayang kepada anak-anak kita kerana ini akan membuka ruang untuk anak-anak kita untuk mempertikaikan kasih sayang kita dan kemungkinan wujud salah-faham apabila mereka membesar seperti “Abah lebih sayang kakak kerana kakak pandai belajar, adik pandai bermain bola” dan sebagainya.

Elak letak syarat untuk menyatakan kasih sayang dan perasaan bangga untuk anak – hanya berkata kepada mereka perkara-perkara yang mereka perlu dengar.


Fikirkan, apa yang anak-anak anda perlu dengar daripada anda?

Credit : Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man

No comments:

Post a Comment

try2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...