Wednesday, December 16, 2009

Perbezaan Cara Solat Perempuan dgn Solat Lelaki

Sharing is Caring.. I found this article to be very interesting.Ladies out there, I am not an ustazah or a religious teacher, just would like to share with you all a beneficial article so that we can enhance our knowledge in Islam :) Knowledge is Power:)

Taken this article from "Al Fiqh Al Manhaji, Mazhab al-Syafie:Jilid 1 by Dr Mustafa Alkhin, Dr. Mustafa AL Bugha & Dr Ali Al Syarbaji"

Sunat bg perempuan yang bersolat melakukan cara berbeza dari lelaki pada 5 perkara:

1) Merapatkan anggotanya antara siku dgn yg lain ketika sujud, iaitu merapatkan dua siku ke rusuk dan melekapkan perut ke pahanya.Berlainan dengan lelaki, mereka sunat merenggangkan kedua-dua belah siku daripada rusuknya dan menjarakkan perut daripada dua pehanya

Hal ini berdasarkan hadith, Nabi SAW berjalan berhampiran dua org perempuan yang bersolat, lalu BAginda besabda:

Maksudnya : "Apabila sujud rapatkanlah badan kamu ke lantai kerana org perempuan tidak sama cara sujudnya sebagaimana kaum lelaki" Riwayat al-Baihagi(2/232)


2) Memperlahankan suara walaupun ketika bersolat yang bacaanya nyaring sekiranya bersolat di tempat yang ada lelaki bukan mahram kerana dikhuatiri menimbulkan fitnah.


3) Orang perempuan yang ingin mengingatkan orang lain untuk sebarang tujuan tentang sesuatu berlaku ketika hendak bersolat bertepuk tgn dengan cara menepuk tgn kanan ke atas belakang tgn kirinya. Sementara org lelaki pula hanya bertasbih dgn suara yang kuat tetapi bukan dgn tujuan memberi peringatan.

4) Sebagaimana yang dinyatakan aurat perempaun adalah seluruh anggota badan melainkan muka dan kedua tapak tangan.

5) Azan tidak sunat bg orang perempuan namun sunat baginya iqamah sahaja. Walaubagaimanapun, tidak makruh jika perempuan azan dengan suara yang perlahan malah ia dianggap sebagai zikir yang berpahala. Tetapi jika azan dengan suara yang kuat hukumnya makruh malah haram pula jika dikhuatiri fitnah. Sebagaimana diketahui azan adalah sunat bg mereka pada setiap solat fardhu yang akan didirikan.



Orite...for your information, this article was taken word by word by me from the article.So no worries of the wrong facts (except typo error, if any). Nonetheless, the article is quite long, so I took only the points, and if you are interested to know any dalil behind all the 5 points , you can directly ask me:) (the book is with me)

No comments:

Post a Comment

try2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...