Some people might think keeping dogs are prohibited in Islam without prejudice. So , here it is...let's enhance our knowledge in Islam...Indeed, Islam is so beautiful:)
HUKUM ANJING
1- pada dasarnya berlaku khilaf dikalangan ulama berkaitan hukum anjing ini dan pada mazhab syafie anjing (air liur & jilatannya ) adalah najis dan sesiapa yang menyentuhnya dalam keadaan basah (badan atau anggota selain dari air liur dan jilatannya) perlu untuk disamak sebanyak 7 kali dan yang pertama dengan air tanah.
2- boleh dikatakan kesemua mazhab mengharuskan penggunaan anjing dalam perkara2 yang memberikan manfaat kepada manusia seperti berburu, menjaga rumah dsb..
3- Dalam waktu yang sama Islam tidak menggalakkan kita untuk memelihara anjing untuk tujuan suka-suka atau hobi.
4- punca larangan juga adalah berkaitan dengan U'RUF (suasana & adat muslim sesuatu tempat) dan u'ruf boleh dijadikan sebagai satu sandaran hukum. contoh org islam di malaysia memandang anjing sebagai binatang yang kotor najis dsb maka bahkan majoriti muslim malaysia mengamalkan mazhab Syafie yang mengatakan anjing adalah najis.so walaupun ada mazhab lain yang membolehkan hukumnya tetap perlu disandarkan kepada u'ruf setempat agar tidak berlaku fitnah.
5- Anjing adalah salah satu syi'ar orang bukan islam so pastikan diri kita tidak terikut ikut dengan syiar atau budaya org bukan islam yang menjadikan anjing sebagai binatang peliharaan kerana dalam hadis ada menyebut " barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia termasuk juga didalamnya"
Some people on the other hand,tend to agree and accept to anything that they had listened (not to blame anyone, that's our mistake , not to investigate it).So, here is something about liquor that we all need to know. Islam has put a very staright forward guideliness on it about this issue:
HUKUM ARAK
1-Ulama telah bersepakat secara Ijma' mengatakan bahawa hukum minum arak adalah haram kerana ianya datang dengan dalil Qati'e (tidak boleh ditolak sama sekali dan hukum menolak dalil qati'e boleh terjerumus ke dlm kufur)
Dalil-dalilnya :~
"Mereka bertanya kepada kamu mengenai arak dan judi. Katakanlah, 'Pada keduanya dosa besar, dan beberapa manfaat kepada manusia, tetapi dosanya adalah lebih besar daripada manfaatnya.'" (2:219)
"Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak, judi, menyembah berhala berhala, bertenung nasib, adalah kotoran, dan sebahagian daripada amalan syaitan; maka jauhilah ia agar kamu beruntung." (5:90)
"Syaitan hanya menghendaki untuk menyebabkan permusuhan dan kebencian antara kamu dalam arak dan judi, dan untuk menghalangi kamu daripada mengingat Allah, dan daripada solat. Mahukah kamu berhenti?" (5:91)
2- Daripada ayat di atas jelas dapat disimpulkan ARAK adalah : ~
1)Dosa besar (so setiap perkara yang masuk kategori dosa besar tetap dikira sebagai dosa besar walaupun dikira mengikut kuantiti dsb.. contoh minum arak sedikit so takde la mabuk ikut logik akal n sudah tentu dibolehkan kan? maka ayat ini menyangkal dakwaan tersebut dan tetap hukumnya dosa besar walaupun minum yg sedikit)
2)Kotoran atau NAJIS (setiap sesuatu yang najis haram dimakan so sanggup ke kite makan najis walaupun sedikit?)
3)Amalan syaitan ( sesiapa yang meminum sikit atau banyak tetap dikira sebagai melakukan amalan syaitan)
4)Jauhilah (setiap perintah atau larangan didalam Qur'an membawa hukum haram dan hendaklah dijauhkan )
5) ayat diatas tidak menyebutkan jenis2 arak yang dibolehkan atau tidak dibolehkan BAHKAN semua jenis arak tidak kira dibuat dari barli,tamar,atau buahan yang lain tetap sama hukumnya dan dinamakan sebagai KHAMAR atau arak.
Adapun sesiapa yang menghukum arak diharuskan sekiranya diminum kuantiti yang sikit maka fatwa tersebut adalah batil dan bercanggah dengan Ijma' ulama
2- Hukum arak adalah haram bukan kerana ianya sesuatu yang memabukkan semata mata dan mabuk itu hanyalah salah 1 dari sifat2 arak sahaja. walaupun tidak memabukkan tetap dikira haram. Tetapi Allah mengharamkan arak kerana perkara2 yang saya sebutkan diatas tadi.
kalau kita mengguna pakai kaedah "sikit tak apa jangan banyak" maka sudah tentu banyak lagi benda2 haram yang lain boleh dilakukan so setiap sesuatu harus disandarkan kepada nas2 syara' yang betul agar kita tidak tersasar dalam berhukum dan beramal.
Wallahua'lam.